Keracunan Makanan | Sampel puding buih jalani pemeriksaan makmal

2022-04-10 1

Sampel puding buih yang dimakan dua beradik hingga menyebabkan keracunan makanan telah dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal bagi tujuan pemeriksaan.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr. Kasemani Embong, hasil keputusan terhadap sampel berkenaan akan diperoleh dalam tempoh seminggu.